Thursday, December 30, 2010

Taman-Taman Di Syurga



Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. 

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya. 

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim). 

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang. 

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula. 

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut. 

Pintu-Pintu Syurga 

Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud: "Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka." 

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut. 

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya. 

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah). 

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama : 

= Pintu para rasul dan nabi 
= Pintu zakat 
= Pintu haji 
= Pintu syahadat dan selawat 
= Pintu syuhada 
= Pintu salihin 
= Pintu siddiqin 
= Pintu ilmu dan iman 
= Pintu rahmat 
= Pintu taubat 

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda: "Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah." 

Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga. 

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga 

Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang diperbuat daripada permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga. 

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?" 

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak." 

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?" 

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir). 

Bagi penghuni syurga ini,disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20: "Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya." 

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud: "Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah memperkenankanNya kepada mereka. 

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat
mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya. 

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman: "Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenaan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim). 

Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga 

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi
siapa yang memandangnya. 

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut. 

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih daripada itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33). 

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Ar-Rahman: 48). 

"Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima." (Ar-Rahman: 68) 

"Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." (Al-Insan: 14). 

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian." (Riwayat Ibnu Abid Dunya). 

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya." 

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan. 

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.: "Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih." 
_____ 


Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman: " Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah? Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri ." (Riwayat Baihaqi) 

GAMBARAN SYURGA MENURUT AL-QURAN



Assalamuallaikum, 

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali. 

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga. 

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumisebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133: "Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. 

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman: "Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13) 

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). 

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). 

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun. > 

Sungai-Sungai di Syurga 

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud: "Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!)."

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir. 

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut: 

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya. 
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya 
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring 

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. 

"Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya. 

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda: "Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu." 

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus. 

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3). 

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim). 

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang." 

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi. 

Syurga itu Bertingkat-Tingkat 

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan). 

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah. 

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga. 

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya. 

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut.Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini. 

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud: "Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat."

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?"?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya." 

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah. 

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut : 

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. 
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. 
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

..: MOLEKUL AIR ZAM ZAM :..


Diantara petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud ;
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

AIR ZAM-ZAM Kelebihan dan Adab Meminumnya

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
    Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
    Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
    Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
    Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya danberpuasa."
    Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
    Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
    AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
    • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
    • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
    Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
    Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
    ADAB MEMINUMNYA
    Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
    Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
    Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
    Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:
    Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
    Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
    "Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
    Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
    Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.

Islam itu bukan hanya di sekolah agama

Izzati. Indah nama itu. Secantik dan semulia akhlak insan yang menjadi pemegangnya. Hidup di IPIS (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) memang merupakan impiannya sejak sekian lama. Sudah hampir 3 tahun dia berdoa agar dirinya nanti dihantar ke suatu tempat yang dia kira cukup Islamik ,agar mudah untuk dia mengubah diri serta jalan hidupnya.

Bukan selama ini dia tersesat, cuma dia ingin menjadi seseorang yang baru, berbeza dengan dirinya yang dahulu. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Mengalir air mata suci daripada sepasang mata yang sering melemparkan pandangan bening itu. Begitu dia bersyukur apabila doanya dijawab. Subhanallah. Allah itu Maha Berkuasa.

6 bulan pertama berada di IPIS sudah cukup untuk merubah segala-galanya tentang dirinya. Usahkan penampilan, cara pergaulan dan percakapannya berubah sama sekali. Dia kini seorang yang serba baru. Meskipun begitu, dia tidak pernah lupa asal usulnya. Siapa dia,dari mana dirinya.

Setelah 6 bulan berada di IPIS, sudah tibalah masanya untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Sedih juga rasanya untuk meninggalkan IPIS yang kini sudah menjadi sebahagian daripada jiwanya.

"Assalamualaikum!! Izzati dah sampai!! Mak, Ayah!!" Terdengar suaranya yang lantang memecah keheningan subuh...

"Wajah insan tersayang kini sudah berada di depan mata. Apalagi, pergilah peluk!", gertak jiwa kecilnya.Tidak tergambar rasa gembiranya hati apabila dapat mengucup pipi ibu serta ayah tercinta.

Perubahan Izzati sedikit sebanyak telah mempengaruhi orang di sekelilingnya. Ada yang boleh menerimanya dengan baik. Tidak kurang juga yang memandang serong terhadapnya. Tetapi, bukan itu yang Izzati risaukan. Kini, dia sudah ada tanggungjawab besar yang akan disoal di akhirat kelak. Tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya. Ilmu yang masih sangat sedikit itu ingin dia kongsikan bersama dengan harapan mereka akan turut merasakan betapa manisnya hidup mengikut acuan Islam sejati.

Perjuangan Izzati tidak mudah. Untuk mengubah keluarga sendiri pun dia masih tertatih-tatih. Walaupun begitu dia tidak pernah berputus asa. Hampir setiap hari, ada sahaja terdengar suaranya memenuhi rumah dengan nasihat serta pengajaran yang penuh bermakna. Ada kalanya kaum keluarga mendengar dengan penuh perhatian. Ada pula waktunya Izzati seperti berbicara sendirian kerana orang-orang di sekelilingnya sudah bosan dengan ucapan yang agak sama setiap hari. Tetapi, tidak pernah pula sikap seperti itu merubah semangat Izzati.

Hari itu Izzati pergi menziarahi neneknya yang kurang sihat di kampung. Alangkah gembiranya Izzati apabila dia menemui seorang sahabat lama yang dahulunya turut bersamanya bermain teng-teng dan meneruskan perjuangan bersama sehingga ke sekolah menengah. Tetapi,dalam kegembiraan tersebut timbul sedikit kesedihan di hati Izzati. Lia yang dia kenali dahulu sudah berubah sama sekali.T udung tidak lagi menutup rambutnya. Rambutnya kini pula sudah dihiasi dengan segala jenis macam warna yang menyakitkan mata yang memandang. Belum lagi ditambah dengan tindikan-tindikan di telinga yang melemaskan jiwa. Baju yang nipis dan ketat.Pergaulan dengan lelaki?? Tidak mampu Izzati membicarakan perihal Lia yang selanjutnya.

"Lia, kenapa Lia berubah? Kenapa Lia tak pakai tudung? Rambut Lia ni... dulu kan cantik.. Lia dah lain sangat. Janganlah macam ni Lia. Zati rindu Lia yang dulu. Lia yang lembut, sopan, pemalu, yang jaga aurat dan yang paling penting, jaga pergaulan..." keluh Izzati pada suatu petang yang sunyi.

Lia hanya mendiamkan diri. Mungkin sedikit terkesan di hatinya apabila kata-kata seperti itu diucapkan oleh sahabat karibnya sendiri. Memang dia akui kata-kata Zati itu betul semuanya. Tetapi, suasana di kampung memang telah banyak mempengaruhi gaya hidup Lia. Bergaul dengan remaja sebayanya yang bermasalah telah betul-betul menjadikan Lia insan yang berbeza. Dengan nada yang agak keras, Lia menjawab segala persoalan yang Izzati ajukan padanya.

"Zati... Zati kne ingat. Ini kampung. Bukan macam tempat Zati IPIS tu Islamik. Memanglah senang Zati nak kekalkan diri Zati yang baik ni. Kampung ni. Macam-macam ada. Orang-orang yang tinggal dalam kampung ni bukan sembahyang sangat pun. Kalau dah yang tua-tua itu pun tak dapat nak jadi contoh, macam mana kita orang yang muda ni nak jadi baik? Zati patut ajar yang tua-tua tu dulu, baru ajar Lia. Zati cakap senanglah. Nanti, kalau Zati dah lama-lama kat sini, mesti Zati pun berubah. Takkan bertahannya diri Zati yang sekarang ni. Percayalah cakap Lia .Zati janganlah nak jadi hipokrit. Buat-buat baik kat sini untuk tunjuk kat kita orang semua. Lia tahu Zati ni siapa. Pasal tudung dan rambut tu, tempat ni lain Zati. Kalau kat IPIS Zati wajib pakai tudung labuh ,kat sini tidak ada peraturan macam itu. Jangan pula Zati nak wujudkan peraturan sendiri. INI BUKAN IPIS!"

"Astarghfirullahalazim! Lia! Kenapa Lia cakap macam itu?! Islam itu ada di mana-mana Lia. Bukan dekat IPIS sahaja. Sebagai umat Islam sejati, sudah menjadi kewajipan kita untuk mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah walau di mana pun Lia berada. Jangan jadikan suasana kampung ini sebagai alasan untuk Lia berubah. Lia, kalau orang di sekeliling Lia tidak mampu untuk mendidik Lia, Lia patut didik dan kuatkan diri sendiri. Memang tidak mudah Lia. Zati pun tak rasa mudah untuk kekal begini. Tetapi, itulah hakikatnya. Kita takkan mampu untuk berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Ingat Lia. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu sehingga mereka sendiri berusaha untuk berubah.." berlinang air mata suci Izzati tatkala mengucapkan kata-kata tersebut.Sungguh tidak disangka,sampai begitu sekali Lia berubah.Baru 6 bulan mereka berjauhan ,Lia sudah jauh pergi meninggalkan agamanya.

"Ala...Janganlah Zati nak buat-buat suci kat sini. Tempat ni lain Zati. LAIN! Zati pakai macam ni,tudung-tudung yang macam 'khemah bergerak' ni, Zati ingat orang sanjung Zati ke? Budak-budak kampung ni... hari-hari mengumpat Zati.. Zati datang je dia orang gelarkan Zati 'khemah bergerak'. Kelakarlah Zati. Janganlah pakai macam ini lagi Zati. Tak sesuai kat sini. Kita dekat kampung, buatlah macam cara dekat kampung. Nanti, kalau Zati dah balik IPIS, sesuailah Zati pakai macam ni. Memang wajib dekat sana kan? Dekat sini tak pun.." Dengan nada selamba Lia mengucapkan kata-kata tersebut.

Zati hampir pengsan apabila mendengar kata-kata seperti itu diucapkan oleh sahabatnya sendiri. Bertambah pilu dan sedih hatinya. Bukan kerana gelaran 'khemah bergerak' itu atau umpatan orang kampung, tetapi kerana cara hidup sahabatnya yang kini semakin jauh dari Allah. Dalam diam Zati berdoa di dalam hati agar dosa-dosa sahabatnya itu diampunkan oleh Allah dan dibukakan semula pintu hatinya untuk kembali pada Islam. Sungguh kasih dia pada sahabatnya ini sehingga tidak sanggup dia untuk melihat Lia tersiksa di akhirat kelak. Azan maghrib yang berkumandang menyedarkan Zati. Cepat-cepat dia menyeka air matanya. Dia segera membetulkan tudungnya.

"Lia, jom balik.Dah masuk waktu maghrib. Kita solat. Hari ini kita baca surah an-nisa' serta tafsirannya sekali."

Teringat Izzati saat-saat indah dahulu di mana dia dan Lia seringkali membaca al-quran bersama-sama dan bertadabbur di surau berhampiran rumah neneknya. Sungguh indah waktu itu.

"Jom Lia.." Izzati menarik lembut tangan sahabatnya itu.

"Takpe. Zati pergilah! Hati Lia sudah tertutup untuk itu. Lia nak keluar dengan kawan-kawan Lia kejap lagi ni. Bila Lia dah dapat SERU nanti Lia solat. Kita masih muda Zati .Masih banyak masa untuk kita. Zati ni macam org tua la. Sibuk beribadah macam dunia ni dah nak kiamat. Dia orang patutlah buat macam itu. Umur pun dah tak panjang.Kita ni muda lagi".

Astarghfirullahalazim. Pedih sekali hati Izzati mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Izzati sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Dia segera berlalu. Kudratnya sudah lama habis. Lemah dirinya apabila mendengarkan kata-kata Lia. Di dalam hati Izzati banyak-banyak berdoa dan meminta keampunan kepada Allah di atas kelemahannya yang tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu.Dia pergi meninggalkan Lia dengan linangan air mata.

Setelah hampir dua bulan bercuti, kini Izzati akan kembali semula ke IPIS untuk semester kedua. Perjuangannya kali ini pasti lebih sukar. Azamnya kali ini lebih tinggi. Bila dia kembali lagi nanti, dia akan buat lebih banyak lagi.

"Zati!!" Terdengar sayup-sayup suara Lia memanggilnya dari jauh. Zati menoleh ke belakang.

"Lia...dah lama tak jumpa Lia. Zati nak balik dah ni. Nanti Zati datang sini lagi. Ingat Lia .Islam itu ada di mana-mana. Bukan di IPIS saja. Di sini juga.. di HATI..." ucap Zati smbil meletakkan kedua-dua tangan sahabatnya di dadanya.

Kemudian Izzati berlalu pergi.Dengan linangan air mata, dia berharap agar pintu taubat masih terbuka untuk sahabatnya itu. Lia hanya terdiam dan tergamam. Masih cuba untuk memahami kata-kata Izzati tadi.

Kerana 10 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerana 10 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

kick start untuk berjaya


Seringkali persoalan tentang penggunaan masa dan usaha bermain dalam kehidupan harian kita terutamanya bagi yang masih belajar. Namun, persoalan yang sama bukanlah asing bagi yang sudah bekerja atau yang sibuk menguruskan rumah tangga.
Pernahkah kita sedari bahawa penggunaan masa yang berkesan banyak menyumbang kepada kejayaan? Pernahkan kita terfikir mengapa sejak dari kecil kita terperangkap dengan persoalan yang sama walaupun pengalaman kita semakin bertambah seiring peningkatan usia?
Kita diuji
Setiap makhluk yang dicipta Allah akan merasakan pahit dan manis kehidupan. Itu sunnatullah yang ditetapkan Allah. Sepertimana firman-Nya:
Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah (2: 214)
Jelas bahawa hidup manusia itu penuh dengan ujian. Hakikatnya ujian itulah sumber kekuatan, membantu kita untuk taqarrub kepada Allah. Ujian masa adalah salah satu cara kita diuji-Nya. Begitu jugalah masa, hanya yang mampu lepas ujian itu mampu memanfaatkan masa sebaiknya. Setiap manusia mempunyai cara berbeza untuk beradapatasi dengan kekangan masa. Ada yang menjadi positif dan lebih menguruskan masa bila tahu masanya hampir tiada. Namun, ada juga yang terus leka dan sambil lewa dalam menghadapi kesuntukan masa. Kelapangan masa juga ujian, ke mana kita gunakan? Ke arah keredhaan atau kemurkaan? Bagaimana anda? Bagaimana saya? Tanyalah diri, andai kita masih "selesa" dengan kelapangan masa, fikir-fikirkanlah kembali.
Putaran masa
"Hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas, ada masanya di bawah".
Hakikat masa juga selari dengan ungkapan di atas. Kita melihat setiap detik terus berlalu dengan helaan nafas pinjaman Illahi. Saya yakin kita semua pernah mengalami "zaman keemasan" masing-masing. Mungkin ia berlaku semasa masih di sekolah rendah, atau bila menjejak sekolah menengah. Ada juga yang baru merasai saat-saat manis itu di zaman unversiti atau semasa bekerja. Hakikatnya, kita pasti pernah merasa. Bukankah indah jika saat itu berulang? Namun, wajarlah untuk kita menyedari bahawa Allah itu maha Adil, sedangkan malam dan siang sering di pergilirkan, begitu jugalah dengan kejayaan dan kegagalan.
Sahabat-sahabatku,
Di sini saya ingin mengajak agar kita semua berfikir tentang hikmah setiap kejadian yang menimpa kita. Pahit manis kehidupan itu menyumbang kepada pengalaman dan akhirnya menjadi pengajaran buat kita. Allah memberi ruang untuk kita berfikir sejauh mana kita menggunakan nikmat masa yang diberikan dengan sebaiknya. Bila berjaya, pernahkah kita terfikir satu masa kita akan jatuh dan tenggelam dalam kesedihan?
Kickstart buat kita
"Kesenangan yang datang tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan.."
Bait lagu "Kehidupan" ini boleh kita ambil pengajaran tentang perihal pentingnya menghargai nikmat masa kurniaan Illahi. Sahabat-sahabat sekalian, setelah kita menyedari tentang masa yang akan terus berlalu meninggalkan kita, marilah kita bergerak dan bertindak ke arah kebaikan dan perubahan. Saya bukanlah orang yang paling baik untuk menasihatkan. Hakikatnya, saya masih belajar dan terus belajar memformulasi teknik penggunaan masa yang berkesan. Namun, di sini ingin saya berkongsi sedikit tips yang boleh diamalkan:
1. Kenali kelemahan diri anda yang membawa kepada penggunaan masa yang kurang efektif. Contohnya, suka tengok video dalam jangka masa yang lama.
2. Cuba fikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan di atas. Contohnya, hadnya masa yang digunakan untuk perkara tesebut (kurang masa tengok video kepada satu sahaja)
3. Minta tolong sahabat atau saudara untuk ingatkan dateline atau ingatkan anda untuk menggunakan masa sebaiknya.
4. Perhatikan kawan anda yang bijak menguruskan masa. Cuba contohi mereka.
5. Pastikan anda berada dalam persekitaran yang membina dan mendorong untuk menggunakan masa sebaiknya. Contohnya, pergi ke perpustakaan di mana persekitarannya sangat membantu anda untuk mentelaah pelajaran.
6. Yakin anda mampu berubah untuk menggunakan masa sebaiknya.
7. Jangan putus asa jika cubaan tidak berjaya. Bagi peluang untuk diri anda berubah.
8. Jangan terlalu selesa dengan kelapangan masa. Sediakan diri untuk menghadapi saat-saat kesuntukan masa.
9. Berdoalah selalu kepada Allah, Dialah pemilik hati kita. Allah itu dekat, mungkin kita yang menjauhkan diri dari-Nya.
...dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah Ali-Imran: 2: 286)
Akhirnya, yakinlah bahawa kita mampu berubah dan mampu memulakan "kick start" untuk diri kita sendiri. Jangan tunggu masa berlalu, kejayaan hanya pinjaman, jadikan kegagalan sebagai satu kemanisan dengan mengambil pengajaran. Kita makhluk yang dikurniakan akal, gunakanlah untuk menilai dan memerhati bukan sekadar menanti mengharap simpati. Ayuh gunakan masa sebaiknya untuk mencipta kejayaan. Ya, anda boleh!
Wallahua'lam

Sunday, December 26, 2010

english

thanks 4 vsit my blog................

malay

Trimas kwan krana memberi sokongan ats blog sy...............

Jgn lpew jdik pengikut sy tau......... <3

hi!!!

my name is syafirah..
i'm 13 years old and next year 14 years old ............ <3